CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 2 April 2018

Gadis kebaya merah, I love U - BAB 1


Fariz Ikhwan masih lagi dalam kebingungan. Masih memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah dia akan diterima semula berkerja ataupun tidak. Masih menunggu keputusan kes daripada Pihak Mahkamah. Berharap cahaya kegembiraan datang kepadanya.
“ Semoga segalanya berpihak kepada kau, Fariz.”
Fariz Ikhwan memandang ke arah susut tubuh yang datang ke arahnya.
“Kau rasa aku boleh menang ke kes ni sedangkan segala bukti yang ada cukup menyatakan aku bersalah walaupun bukan aku yang buat”.
“Sabar, itu je yang aku nak kau buat sekarang. Aku tahu kau cukup kuat untuk terima ujian ini”, ujar Ridwan sambil menepuk bahu Fariz Ikhwan.
“Aku dah hilang segalanya. Aku hilang keluarga aku. Aku hilang isteri aku. Aku hilang anak-anak aku. Paling penting aku hilang kehormatan aku atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku dah tak ada apa-apa sekarang”, kata Fariz Ikhwan dengan tapak tangannya di muka.
“ Aku harap kau bersabar. Kau kena kuat. Itu sahaja. Kita tunggu keputusan daripada Mahkamah dulu.”
Fariz Ikhwan hanya mengangguk tanda setuju. Hatinya cukup gelisah. Entah apa yang berada difikirannya sehingga dia berkelakuan seperti itu. Ada sahaja yang tak kena. Pandang ke kanan tak kena. Pandang ke kiri pun tak kena. Hatinya resah. Resah menunggu jawapan yang belum pasti.
Hampir 5 tahun Fariz Ikhwan ditahan kerja atas kesalahan rasuah. 5 tahun di tahan kerja atas kesalahan yang bukan dia lakukan. Dia difitnah. Dia diperalatkan. Dia dipergunakan. Disebabkan kesalahan tersebut isterinya pergi meninggalkannya. Tidak sanggup dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat akibat perbuatan suaminya walaupun diterangkan dan dipujuk beberapa kali. Akhirnya dia ditinggalkan keseorangan.
“ Kalau kau dapat balik bekerja, kau nak pergi ke mana?”.
“Aku nak ke cawangan yang tiada masalah. Second payslip punya. Senang sikit. Lagipun aku pun dah tua. Cukup la dengan apa yang berlaku sekarang.”
“Pengajian kau macam mana? Ada masalah ke?.”
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. “
“Gadis kebaya merah itu macam mana? Kau sempat bertegur sapa tak dengan dia?.”
Fariz ikhwan hampir tersedak apabila Ridwan mengajukan pertanyaan itu kepadanya. Dia memandang kehairanan.
“Tolong la jangan cakap kau tak pernah bercakap dengan dia,” kata Ridwan sambil mengelengkan kepalanya.
“ Aku tak tegur dia. Aku malu. Ntah la.”
“ Kau suka dia tapi kau tak tegur dia.”
“ bukan aku tak nak tegur tapi aku malu. Aku malu nak kenalkan diri aku ni. Lagipun aku tak kerja. Dia nak ke kawan dengan aku ni Wan?.”
“ Tak cuba tak tahu. Jadi kena la cuba. Sampai bila nak suka dalam diam?.”
Apabila Ridwan menyebut tentang gadis kebaya merah tetiba di fikirannya terbayang gadis tersebut. Terbayang gadis tersebut berjalan di hadapannya dengan penuh lemah lembut serta gaya manjanya diiringi dengan satu senyuman yang cukup manis.
Yer, gadis kebaya merah gelarannya. Tak pasti sudah berpunya ataupun tidak. Sentiasa dengan kebaya merah apabila terjumpa dengannya. Kebaya merah dengan seluar jeans ataupun dengan kain batik. Tak pernah melihat gadis tersebut memakai pakaian lain selain daripada kebaya merah. Bertudung litup. Sesuai dengannya. Dengan kulit kuning langsat. Memakai warna tersebut menimbulkan lagi kejelitaan serta kelembutannya. Makeup yang tidak terlalu tebal. Manis sangat. Senyumannya tidak pernah hilang dari bibirnya. Itulah dia gadis kebaya merah.
“Kau fikirkan dia?.”
Fariz Ikhwan tersenyum sambil memandang Ridwan.
“ Habis je kes kau ni kau jumpa dia. Bercakap dengan dia.”
“ Dah terlambat pun.”
“Ha, dah terlambat? Maksud kau?.”
“ Dah dekat 3 minggu aku tak nampak kelibat dia kat situ. Tak tahu dia pergi mana. Ada tanya orang yang kerja kat situ. Diorang bagitau dia dah berhenti kerja sebab dah dapat kerja lain. Kat situ dia buat parttime ja.”
“ Oh, bila dia ada kau tak cakap. Bila dia tak ada berani pulak kau tanya pasal dia. Hadoi, Fariz, awatla jadi lagu ni?, kata Ridwan dalam loghat utara.
Fariz Ikhwan hanya tersenyum. Sebenarnya dia pun tak tahu dari mana datangnya keberanian itu untuk bertanya tentang perihal gadis tersebut.
“Kau tanya tak nama dia? Nombor telefon ke?, “ tanya Ridwan.
“Tak,’ jawab Fariz Ikhwan dengan pelahan.
“Itupun tak tanya. Soalan senang kot,” cakap Ridwan.
Fariz Ikhwan hanya diamkan diri. Tidak menjawab ataupun memberi sebarang kenyataan bagi Soalan yang diajukan oleh Ridwan. Baginya kes yang sedang dihadapi olehnya lebih penting.
“Fariz, jom. Diorang dah panggil tu. Aku teman kau. Semoga kemenangan berpihak kepada kau, insyaallah.”

Tiada ulasan: